Jumaat, 9 Mac 2012

Meluat datang lagi

Tajuk entri aku ni tak ubah macam ayat iklan TORA.

Lamanyer tak mencurah rasa di sini. Sangat seronok andai dapat mencarut di ruangan ini setelah penat melayan karenah manusia yang bersifat sungguh nan ado. khen...

Sebenarnya banyak benda yang aku meluat, tapi kalau nak cerita semua pada waktu yang sama, sah-sah lah aku "tercirit" menaipnya kan. Aku tak minta banyak, aku cuma mahu manusia disekeliling aku bersifat manusia sahaja. JUST BE A HUMAN KIND AND NOT ANIMAL (amik kau english aku dah keluar)

Aku paling tak suka orang yang suka salah tafsir ni. Tak tahu apa-apa tapi pandai-pandai buat andaian sendiri (Kau ingat kau penyelidik ke). Apa yang aku komenkan di FB, bulat-bulat kau pulak yang terasa. Aku ada sebut nama kau kah? Kau artis sangat kah? Kau diva sangatkah? Ada aku kisah? Suka hati akulah nak komen apa benda pun. Khen...

Dah salah tafsir, siap mengaibkan orang lagi. Kau sapa nak mengaibkan aku? Sungguh tak bertamadun. Nampak sangat kau tu masih berak guna tandas kayu yang ditakung guna tong. Larikkkkk

Aku tak nak lah bergaduh dengan kau, sebab aku bertamadun (Puji diri ok). Cuma fahamlah sikit ye, bila ku kata tak nak, tak nak lah. Jangan main paksa-paksa sebab family aku sendiri pun tak paksa-paksa aku.

Aku rasa cukuplah sampai disini sahaja "LUATAN" aku ini.

p/s: Kalau kau hebat sangat, pergi korek lubang hidung harimau k

Khamis, 19 Mei 2011

Lalat oh Lalat

Ayo.. gelilah.. pleaselah jangan nak dekat-dekat.... shuh... shuh...

Aku bukannya belacan mahupun makanan yang ko nak jadikan sarang untuk kau bertelur. Geli tau tak? Aku layan kau sebab aku mengamalkan konsep mesra dengan semua orang tapi jangan kau salah anggap aku ni boneka untuk kau pijak-pijak. Takut nanti sampai suatu takat, kesabaran aku hilang, terhambur keluar pula ayat-ayat puaka dari mulut aku. Kau mampu?

Meluat ok bila asyik-asyik kena layan karenah kau. Wei.. aku pun nak ada privasi. Bosan juga kalau asyik dengar kempen-kempen kau tu. Tak kuasa aku nak layan apa yang kau ceritakan. Kau memang lalat, bising memanjang dan suka sangat nak hinggap tak bertempat.

Apa kata kau lari jauh-jauh dan sekali sekala buat kerja kau daripada sibuk melalat tepi aku. Tak maju k kalau kau asyik nak melalat jek. Dah lah lalat, suka cakap besar lagi tu.. Kalau dah lalat tu, kau adalah tetap lalat jangan nak berangan jadi rama-rama ye. uwekkk.. nak muntah aku.

Kepada lalat-lalat seluruh alam, awas ye korang kalau korang tak nak aku sembur dengan racun serangga atau aku pukul dengan pemukul lalat.

Sekian, Terima Kasih...

"Hapus lalat untuk mengelakkan jangkitan TAUN ke telinga kita"

Selasa, 17 Mei 2011

Perah Santan

Amboi-amboi kau, sombongnyer.. Kau ingat kau supermodelkah? tak pernah nampak muka kau kat iklan tv mahupun iklan papan tanda tepi jalan apa lagi kat iklan radio.. ooppss..

Perlu ke nak menyombong u ols? Kalau hidung tu masih penyek tapi nampak ala-ala mancung bila buat sikit teknik super impose ketika bergambar, tak perlulah rasa diri tu maha sempurna ye. Tak ade maknenyer..

Kalau orang tegur cara baik tu, jawab la cara baik. Orang nak berkawan di sangka nak mengoda, kau gila ke? kau ingat kau tu sex bomb sangat ke? oopppsss... Kita kan 1 Malaysia, kena la bertegur sapa dan tak perlu nak mengada-ngada mengred orang itu sebagai A dan orang itu sebagai B. Beruk nenek aku lebih bersopan santun ok dari engkau. Bila aku cakap "salam" beruk nenek aku gerenti salam. Kau yang bergred manusia, terlebih terencat dari beruk..oopppss..

Amboi hang, tak boleh di kritik sikit, terus sensitip dan merapu serta meroyan tak tentu pasal. Benda yang jujur tak nak diterima, tapi kalau orang puji mata kau cantik walhal mata kau juling, kau suke ye. Nampak bebeno kau perah santan. Please lah tak perlu nak berlagak sombong. Kau ingat tukang-tukang jilat kau tu ikhlas sangat ke nak berkawan dengan kau? Dorang just kesian je tengok perangai kau yang bawah sikit dari tamadun beruk tu k.

Macam ni lah.. Kau pergi cermin balik muka kau kat cermin besar sikit and then compare dengan gambar supermodel terkemuka dunia ok. Kalau sama taraf, teruskanlah usaha anda untuk memerah santan ye. Kalau takat gambar je fotogenik tapi yang real-real nan ado, baik kau duduk diam-diam kat tepi dinding k.

Perangai mencerminkan kecantikan sebenar diri anda dan bukan gambar superimpose anda ye menjamin anda dikerumuni orang ramai.

Sekian terima kasih

BYE

Isnin, 16 Mei 2011

Meluat itu normal

Siapa tak pernah meluat?

Tipu, tak logik. Semua orang pasti pernah meluat dengan itu dan juga ini. Jangan nak menipu bila anda bilang anda tak pernah meluat.

Makanya blog ini saya ilhamkan untuk memberi ruang kepada diri saya sendiri untuk menyatakan rasa meluat saya terhadap keadaan semasa. Jangan kau rasa kau hebat sangat ye.. ooppsss.. siapa tu ye??

Semua orang berhak untuk meluat dan saya meluat sebab saya tak pandai nak menunjukkan rasa meluat saya dengan mimik muka ala-ala beg plastik supermarket ye. Bagi yang terasa tu, janganlah menyangka saya mengata awak ye sebab tak terlintas pun nak mengata. Lagipun set-set macam awak tu banyak kat dunia ni.. oopppss

Tak perlu nak over-over di dalam dunia sementara ni ye sebab tak ade pun orang nak puji tengok perangai kau tu ye. Kalau kau rasa kau hebat sangat, sila pergi ke hollywood suruh Simon Cowell beri komen akan kehebatan kau ye. Kalau orang dah meluat tengok perangai kau tu, kau duduk diam tepi dinding k, jangan nak terkinja-kinja nak menunjuk benda ntah apo-apo ntah. Tak perlu.

Terlebih sudah pula intro aku untuk blog ni. Esok-esoklah aku tulis benda yang aku meluat k, BOLEH? Boleh ke tak boleh ke, ada aku kesah? suka hati aku la sebab ni blog aku.

Kalau suka, datanglah selalu, kalau tak suka pergi tolong mak korang basuh pinggan, tolong bapak korang cuci kereta tak pun korang pergi layan blue.. ooppsss